• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saiful Bukhari Nafi Guna Isu Lama Semasa Kempen

oleh
08/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan menafi menggunakan isu lamanya dengan Ketua Umum PKR itu sebagai bahan kempen dalam siri ceramah kelompok yang diadakan baru-baru ini.

Sebaliknya, calon bebas PRK itu menegaskan bahawa beliau berpegang teguh kepada pendirian yang dibuatnya pada hari penamaan calon, 29 Sept lepas untuk tidak mengungkit kisah lama ‘Anwar-Saiful’.

“Saya tidak membuka cerita lama itu dalam ceramah sebaliknya berkongsi isu itu atas kapasiti menjawab soalan penduduk ketika sesi soal jawab selepas ceramah. Bukan saya nak menjadikan ia sebagai bahan kempen dengan menyerang peribadi Anwar.

“Saya pegang kepada ikrar saya sebelum ini… kempen saya dalam bentuk ceramah dan ada sesi soal jawab..soalan tentang isu liwat itu diajukan pengundi semasa sesi soal jawab bukan dalam ceramah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Port Dickson dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Saiful Bukhari, 33, amat berpuas hati dengan sokongan dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya sepanjang tempoh sembilan hari berkempen.

“Saya sudah berkempen di kelima-lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Port Dickson… rasanya hampir 8,000 orang saya bersalaman,” katanya sambil menambah telah menjelajah hampir 70 peratus di daerah berkenaan.

Mengenai kutipan Tabung RM1 yang dilancarkannya pada 2 Okt lepas bagi menampung kos perbelanjaan kempennya, beliau mendedahkan ia sudah mencecah RM3,000.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara Anwar, Mohd Saiful Bukhari, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan empat calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 13 Okt ini, manakala pengundian awal, esok.

Parlimen Port Dickson mempunyai 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). – BERNAMA

Tags: PRK Port DicksonSaiful Bukhari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd