• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundian Awal PRK Port Dickson Bermula Esok

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seramai 7,268 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan mengundi esok.

Daripada jumlah itu, 6,690 pemilih adalah dalam kalangan anggota tentera dan pasangan mereka manakala 578 adalah anggota polis.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson Khairy Maamor berkata kesemua tiga pusat pengundian awal itu, di Kem Segenting, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda)​ membabitkan 13 saluran mengundi​​​​​​ akan dibuka mulai 8 pagi sehingga 5.30 petang.

“Bagaimanapun tiga saluran di IPD Port Port Dickson iaitu khemah A, B dan C akan ditutup awal pada pukul 12 tengah hari kerana kekurangan jumlah pengundi,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan dan pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), juga akan turut menyaksikan proses pengundian awal tersebut.

PRK Parlimen Port Dickson adalah PRK keempat selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong, kesemuanya di Selangor, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Kerusi Parlimen Port Dickson, yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dewan Undang Negeri iaitu Chuah dan Lukut, masing-masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (Barisan Nasional) dan Sri Tanjung (PKR)

SPR menetapkan Sabtu ini (13 Okt) sebagai hari pengundian.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). – BERNAMA

Tags: pengundianPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Pengundian Di Padang Serai Ditangguhkan

PRU15: Pengundian Di Padang Serai Ditangguhkan

18/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan berikutan kematian seorang calonnya. Ikuti Mynewshub: Telegram Semakan di laman web...

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd