• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kubur Bekas Ceo Cradle Fund Digali Hari Ini – Mazlan

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kubur bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan digali semula selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan isterinya Samirah Muzzaffar untuk menangguhkan proses penggalian kubur itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi Bernama mengesahkan proses penggalian semula kubur berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, pagi ini untuk melakukan bedah siasat kali kedua.

“Polis tidak pernah menutup siasatan kes berkenaan (kes kematian CEO Cradle Fund) malah kami masih meneruskan siasatan,” katanya.

Sementara itu, LS Leonard, peguam yang mewakili Samirah, ​​​​​​​tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 9.30 pagi untuk memantau kerja-kerja penggalian semula kubur.

Leonard ketika ditemui media di luar kawasan perkuburan enggan mengulas lanjut berhubung penggalian semula kubur itu.

Turut dilihat masuk ke kawasan perkuburan itu beberapa anggota keluarga Allahyarham Nazrin selepas Leonard tiba.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: CEO Cradle Fundkubur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Penduduk berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendakwa kegiatan berzikir seperti yang tular di media sosial sebelum ini dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd