• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidikan Kerja Sepanjang Hayat, Kata Dr Mahathir

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat untuk tidak berhenti daripada belajar kerana pendidikan adalah kerja sepanjang hayat.

Perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata Malaysia mahu terus maju dan diiktiraf sebagai negara maju sepenuhnya dan untuk mencapai tujuan itu rakyat negara ini perlu terdidik sepenuhnya.

“Hari ini pendidikan bukan sekadar belajar tentang sejarah atau kesusasteraan tetapi lebih kepada belajar tentang sains baharu yang merevolusikan industri di dunia.

“Malah perniagaan pada masa ini terkesan oleh teknologi baharu, Oleh itu, adalah penting untuk belia Malaysia dilatih.

“Jadi tolonglah jangan berhenti belajar, pendidikan adalah kerja sepanjang hayat kerana apa yang saya tahu ijazah yang saya peroleh pada1954 sudah tidak lagi relevan pada masa kini.

“Kita sentiasa perlu bergerak ke depan, dan untuk bergerak ke depan kita perlu membangunkan pengetahuan baharu,” katanya pada majlis konvokesyen ketiga Universiti Perdana di sini, hari ini.

Perdana menteri turut menggesa golongan muda untuk ambil tahu apa yang berlaku di dalam negara termasuk isu politik.

“Tidak semestinya anda terlibat sepenuhnya dalam politik tetapi anda perlu tahu apa yang berlaku di dalam negara dan sekurang-kurangnya anda patut mengundi dalam pilihan raya,” katanya.

Pada majlis konvokesyen itu, Dr Mahathir yang juga Canselor pengasas Universiti Perdana dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah Kehormat bagi Keamanan Global dan Perdamaian Nasional manakala isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah Kehormat bagi Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Ini adalah kali pertama Universiti Perdana menganugerahkan ijazah kehormat, iaitu anugerah tertinggi diberikan oleh universiti itu.

Tahun ini sebanyak 82 graduan menerima ijazah dan ijazah lanjutan dalam bidang Perubatan, Terapi Pekerjaan dan Bioinformatik manakala 26 pelajar menerima sijil Asasi Sains. – BERNAMA

Tags: PendidikanTun Dr Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd