• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Van Sekolah Terbalik: 3 Pelajar Parah, 10 Cedera

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Tiga pelajar parah manakala 10 lagi cedera ringan selepas van sekolah yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Tunggal di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu Supt Abd Razak Hasan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.15 pagi tadi apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Jalan Padang Air menghala ke pusat bandar mengelak sebuah kenderaan, lalu melanggar belakang van berkenaan.

“Ia mengakibatkan van itu terbabas dan terbalik manakala kenderaan pacuan empat roda itu terbabas sehingga melanggar pokok atas pembahagi jalan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan susulan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu, dan yang turut cedera ialah pemandu van terbabit manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Penguasa Kanan Bomba ll Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 6.21 pagi.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan semua mangsa dari dalam kenderaan sebelum dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar, De Pierre Eng Cjunn,15, berkata ketika kejadian hari masih gelap dan ketika itu hujan renyai.

“Van kami bergegar selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda dari belakang. Keadaan jadi kelam-kabut dan pelajar perempuan menjerit ketakutan. Saya dan beberapa orang rakan berjaya keluar melalui cermin tingkap yang pecah,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). – BERNAMA

Tags: bas sekolahpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd