• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penumpang Maut, Pemandu Parah Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua penumpang sebuah kenderaan maut sementara pemandunya cedera parah selepas Toyota Avanza yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Batu Uban di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.20 pagi itu, Abdul Rahim Yahaya, 52, penumpang hadapan dan K. Puventhiran, 24, penumpang belakang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata manakala pemandu kereta itu A. Victor Raj, 25, mengalami kecederaan parah dan dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki tiga lelaki itu dari arah pusat bandar menghala ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dipercayai untuk menghantar Abdul Rahim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ.

“Apabila sampai di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhadapan Restoran Nurul Ikan Bakar, kereta itu terbabas sendiri ke kiri lebuh raya itu sebelum melanggar besi penghadang jalan sehingga ia (besi) menembusi bahagian hadapan kenderaan dan tertusuk ke bahagian dalam kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Che Zaimani berkata mayat dua penumpang hadapan dan belakang itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga mereka untuk urusan pengebumian.

Katanya kemalangan itu disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, anggota keluarga Abdul Rahim yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HPP yang mahu dikenali sebagai Ismail, 40, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke Kampung Tok Bidor, Tasek Gelugor sebelum dikebumikan.

Katanya Abdul Rahim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat di LTAPP selalunya pergi ke tempat kerja menaiki motosikal, namun awal pagi tadi dia menumpang rakannya berikutan hujan dan bimbang tidak dapat hadir bekerja. – BERNAMA

Tags: cedera parahkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd