• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Guna Jentera Untuk Berkempen Di PD”

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, sebaliknya kehadiran beliau di sini adalah sebagai Presiden PKR.

Beliau berkata polis yang mengiringi beliau sepanjang perjalanan ketika berkempen untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukanlah diminta sebaliknya ia tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya sedia maklum memang tidak boleh guna jentera kerajaan untuk berkempen, saya datang ke sini selaku Presiden PKR.

“Yang lain-lain polis itu semua kerana jawatan saya. Kata mereka (polis) itu adalah tanggungjawab mereka ke atas saya,” katanya ketika berucap pada Program Temu Mesra bersama kira-kira 50 penduduk Kampung Pengkalan Durian, Linggi dekat sini, hari ini.

Sementara itu, dalam pertemuannya bersama komuniti Cina Air Kuning, Linggi pula, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memberi jaminan akan melihat semula bantuan ibu tunggal yang dipotong atau dihentikan.

“Saya dimaklumkan oleh Pengerusi PKR Air Kuning Liew Sai Tet bahawa sekarang ada masalah kerana ada ramai ibu tunggal yang dahulunya dapat bantuan tetapi sekarang telah dipotong.

“Saya akan tengok bagaimana kita boleh tolong tetapi kita kena ingat hutang negara pun banyak, sebab itu kena imbangi. Bagaimanapun orang susah tetap kita akan tolong,” katanya.

Dalam pada masa sama, Dr Wan Azizah turut merayu agar rakyat di sini pergi mengundi pada 13 Oktober ini dan mengundi Anwar bagi membolehkan Anwar kembali ke Parlimen dan membantu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara.

“Kita mahu ekonomi negara kita lebih kuat dan kukuh, Anwar pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik pada tahun 1990-an dan beliau dapat membantu untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara apabila kembali ke Parlimen,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

27/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei...

Dr Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi

26/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd