• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Warga Nepal Maut Mesin Pengering Meletup

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pekerja kilang warga Nepal maut apabila mesin pengering getah yang dikendalikannya meletup dan terbakar di Klang dekat sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang Zaidi Ahtan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang yang berlaku di sebuah kilang membuat alas lantai gelanggang sukan di Jalan Wawasan 3, Taman Sungai Kapar Indah, mangsa yang berusia 30-an itu maut selepas tercampak sejauh kira-kira 25 meter akibat letupan berkenaan.

“Mangsa ketika itu sedang mengendalikan mesin berkenaan dan mesin itu tiba-tiba meletup dan impak dari letupan dan penutup mesin berkenaan telah terkena mangsa dan dia meninggal di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kata Zaidi, letupan itu turut mencederakan tiga pekerja kilang yang lain yang berada berhampiran mesin berkenaan.

“Tiga pekerja ini yang berumur lingkungan 30-an, seorang warga tempatan dan dua warga Nepal mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan,” katanya.

Tambahnya, seramai lima anggota bomba bersama satu jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.30 petang.

“Tibanya pasukan bomba di sana didapati kebakaran pada mesin pengering berkenaan telah dipadamkan oleh pekerja kilang, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: mautwarga asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd