• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Tarik Balik Salad Diimport Dari Malaysia

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Pertanian-Makanan dan Veterinar (AVA) Singapura mengarahkan supaya salad aisberg yang diimport dari Malaysia ditarik balik dari pasaran.

Tindakan itu dibuat selepas pihak berkuasa itu berjaya mengesan paras racun serangga yang tinggi dalam sayuran berkenaan.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin, AVA berkata, produk itu diimport oleh syarikat Go Fresh Impex dan ia dijual di pasar raya NTUC FairPrice dan Sheng Siong.

“AVA berjaya mengesan Fipronil, iaitu sejenis racun serangga pada paras yang tinggi pada salad aisberg.

“Salad aisberg itu dijual di NTUC FairPrice menggunakan jenama ‘Pasar’ menggunakan kod pembekal 40,” kata agensi itu yang sudah mengarahkan pengimport supaya menarik balik produk itu.

Kod berkenaan memudahkan orang ramai mengenal pasti pembekal mana-mana produk.

Menurut laman web TODAYonline, proses menarik balik produk itu dari pasaran sedang dijalankan.

Selain itu, AVA juga meminta pengguna yang sudah membeli sayuran yang terjejas itu supaya menghubungi rangkaian pasar raya terbabit.

“Sebagai langkah keselamatan, pengguna dinasihatkan supaya mencuci dan merendam sayur-sayuran bagi menghilangkan segala sisa racun perosak, sebelum dimasak atau dimakan,” kata AVA. – Agensi/BH ONLINE

Tags: sayur-sayuranSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd