• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Curi Sarang Burung Walit

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dipercayai menceroboh dan mencuri sarang burung walit di Jalan Abu Bakar, Mersing, 28 September lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward Nuing berkata suspek berusia 35 tahun ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Endau-Mersing kira-kira 7 malam, Isnin lalu.

Katanya, polis turut merampas peralatan dipercayai untuk menjalankan kegiatan pecah rumah selain menemukan sarang burung walit seberat kira-kira 200 gram.

“Polis menerima laporan pada hari kejadian dan menjalankan siasatan mendapati kunci pintu telah dipecahkan dan gril besi premis turut dikopak oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, jumlah kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM8,000.

Nuing berkata hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine selain memiliki lima rekod jenayah lampau.

Suspek kini ditahan reman sehingga 8 Oktober ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan mencuri.

Sepanjang tahun ini, sebanyak tujuh kes pecah bangunan sarang burung walit disiasat dan enam individu telah dihadapkan mahkamah, tambahnya. – BERNAMA

Tags: curiSarang Burung Walit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd