• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Percuma Cegah Penyakit Anjing Gila Di Miri

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kempen pemberian vaksin percuma bagi mencegah penyakit anjing gila atau rabies di bandar raya ini akan diadakan selama dua hari bermula esok.

Jabatan Penerangan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata pemilik anjing boleh mendapatkan vaksin percuma bagi mencegah penyakit itu di tiga lokasi terpilih dari 9 pagi hingga 4.30 petang pada Sabtu dan Ahad ini.

“Tiga lokasi itu ialah gelanggang bola keranjang Lutong Shell, Taman Awam Miri, Bumiko dan Taman Bulatan Miri, Piasau Jaya,” katanya.

Menurut jabatan itu, pemilik anjing dan kucing juga boleh mendapatkan vaksin bagi haiwan peliharaan masing-masing secara percuma di Jabatan Veterinar di Pusat Perdagangan Pelita yang terletak bersebelahan dengan Bank Rakyat di sini dari Isnin hingga Jumaat mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi jabatan berkenaan melalui talian 085- 411866.

Jabatan Penerangan berkata sebagai sebahagian daripada strategi bagi mengawal penularan penyakit anjing gila di bandar raya ini, sebuah jawatankuasa telah dibentuk dengan diterajui Pejabat Residen Miri dan dianggotai pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). – BERNAMA

Tags: anjing gilaVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NS Sumbang RM70,000 Kepada ATM Setiap Tahun

Next Post

Balu Anggota Bomba Maut Operasi SAR Harap Bantuan

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

Next Post

Balu Anggota Bomba Maut Operasi SAR Harap Bantuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd