• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NS Sumbang RM70,000 Kepada ATM Setiap Tahun

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kerajaan Negeri Sembilan akan menyumbang RM50,000 kepada Tabung Kebajikan Tentera dan RM20,000 kepada Markas Latihan Tentera Darat di negeri itu setiap tahun bagi memastikan aktiviti sosial yang melibatkan tentera dengan masyarakat dapat ditingkatkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata pemberian itu juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kerajaan negeri dan anggota tentera.

“Sumbangan ini bukan diberi semata-mata untuk pilihan raya yang berlangsung di sini. Jangan salah faham, sebab tiap-tiap tahun kerajaan negeri beri sumbangan dan kita tetap meneruskan pemberian ini kepada Angkatan Tentera Malaysia pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ramah Mesra Menteri Besar Negeri Sembilan bersama Warga Tentera Darat di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Panglima Markas Satu Briged Brig Jen Datuk Reduan Omar, Panglima Latihan & Doktrin Tentera Darat Mejar Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi, Ketua Umum PKR yang juga calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah bersama kira-kira 800 anggota tentera.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Anwar, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Danyal Balagopal, pada 12 September lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: ATMsumbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia prihatin terhadap nasib keluarga Allahyarham...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd