• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendera Dikibar Separuh Tiang Hingga Ahad

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bendera bomba, Jalur Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga Ahad (7 Oktober) di semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara.

JBPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengibaran bendera separuh tiang itu dilakukan sebagai tanda hormat dan penghargaan bagi enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di kolam lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada Rabu.

“JBPM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan takziah dan menghargai pengorbanan wira-wira merah ini.

“Keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan amat dihargai dan dikagumi. Ia memperkuatkan lagi semangat anggota bomba untuk terus memberi khidmat dan sumbang bakti dengan sepenuh jiwa kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

JBPM akan melakukan yang terbaik dalam memastikan segala aspek kebajikan waris terbela seperti yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam dan jabatan.

Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, lemas ketika operasi mengesan seorang remaja yang hilang di lombong tinggal.

Adnan dan Muhammad Hifdzul bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam sementara yang lain di BBP Pelabuhan Klang. Jenazah kesemua mangsa dikebumikan pada Khamis di kampung halaman masing-masing.

Mayat Fahmy Mohammad Azzam, 17, pula ditemui semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Putra Perdana pada malam yang sama. – BERNAMA

Tags: Bombahari berkabung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd