• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Senarai 3 Peralihan Pacu Malaysia

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah tentang perlunya membina masyarakat dan ekonomi Malaysia yang lebih terbuka serta pantas untuk menggerakkan negara ini ke tahap seterusnya serta mencapai status negara berpendapatan tinggi, sejajar dengan potensi yang dimilikinya.

Titah baginda, dua lagi peralihan struktur utama yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu ialah pembinaan sebuah masyarakat yang benar-benar adil dan saksama, di samping memanfaatkan sepenuhnya arus transformasi teknologi yang wujud ketika ini.

Baginda bertitah, dalam usaha menjadikan ekonomi dan masyarakat pantas, berdaya saing dan berasaskan prestasi, kini, Malaysia menduduki anak tangga ke-22 dari segi ekonomi paling bebas di dunia menurut satu indeks bebas ekonomi antarabangsa dan ini mencerminkan daya tarikan yang dimilikinhya sebagai destinasi untuk pelaburan serta memainkan peranan penting dalam memajukan perdagangan bagi ekonominya.

“Bagaimanapun, kedudukan ini tidak boleh dijamin kerana banyak negara lain juga sedang giat berusaha untuk menghapuskan sekatan domestik terhadap perdagangan bagi menarik pelaburan,” katanya.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Seminar Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) bertemakan ‘Masa Untuk Peralihan: Ekonomi Malaysia Menuju 2020’ di sini hari ini.

Pada waktu sama, titah baginda, terdapat semakin banyak sekatan terhadap dagangan yang dilaksanakan sesetengah negara berpendapatan tinggi bagi melindungi industri domestik dan pekerjaan di tempat masing-masing.

“Ini menambahkan lagi keperluan bagi ekonomi terbuka lebih kecil seperti negara kita untuk mengambil langkah aktif bagi mendapatkan akses lebih meluss kepada pasaran, titah Sultan Nazrin.

Menyentuh tentang keperluan mewujudkan sebuah masyarakat yang benar-benar adil dan saksama, baginda bertitah, berdasarkan angka pendapatan, barangkali, adalah tidak memeranjatkan apabila sering timbul sungutan tentang peningkatan kos sara hidup.

Menurut baginda, akibat daripada keupayaan rendah dari segi pendapatan, purata pekerja tidak mampu mempunyai simpanan secukupnya untuk membiayai keperluan mereka dari segi perumahan, pendidikan anak atau menyara kehidupan setelah bersara.

“Kajian mendalam dan objektif diperlukan untuk mengatasi cabaran ini. Tanpa jaminan ekonomi secukpnya, adalah sukar untuk membina kekuatan sosial yang menjadi asas bagi ekonomi yang dapat berfungsi dengan baik,” titah baginda.

Menyentuh tentang keperluan memanfaatkan transformasi teknologi, Sultan Nazrin bertitah bahawa kedudukan Malaysia di tengah-tengah rantau yang mementingkan teknologi, mewujudkan banyak peluang bagi negara ini untuk berkongsi pengetahuan dan mempelajari daripada amalan terbaik serantau.

Malaysia, titah baginda, boleh meraih banyak manfaat daripada pengetahuan serta wawasan negara yang lebih terkehadapan daripadanya.

“Dengan memiliki penduduk yang sihat dan bertenaga, kepakaran dalam bidang ICT dan sektor pembuatan serta perkhidmatan yang mantap, Malaysia memiliki potensi untuk memanfaatkan Pembuatan Pintar atau Industri 4.0 untuk terus maju,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap Sultan Perak

03/03/2020
0

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih belum bersedia untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan pentadbiran...

Sultan Nazrin Berkenan Lawat MAHA 2018

02/12/2018
0

SERDANG – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melawat pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd