• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mohd Fatah Selamat Dikebumi Di Beserah

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jenazah anggota bomba yang meninggal dunia ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat seorang remaja, yang dilaporkan lemas di Puchong malam tadi, Mohd Fatah Hashim, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Kampung Baru Beserah, di sini pada kira-kira 4 petang tadi.

Jenazah sebelum itu tiba dengan van milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di kediaman keluarganya di kampung berkenaan pada 2.40 petang tadi.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada anggota bomba, ahli keluarga dan orang ramai hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamek Beserah untuk disembahyangkan dengan diimamkan oleh pegawai bomba Mahathir Mohamad.

Turut serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Hisham Mohamad.

Sementara itu, Mohd Hisham melahirkan rasa sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

Mohd Hisham berkata pihaknya merasa terharu dengan keprihatinan masyarakat yang turut berkongsi kesedihan atas pemergian kesemua mangsa.

“Ini juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa masyarakat menghargai khidmat dan jasa anggota bomba,” katanya.

Selepas upacara pengebumian, Mohd Hisham turut menyampaikan bendera JBPM kepada ibu Allahyarham, Sharifah Adzam Syed Mohamad, 68, sebagai tanda penghormatan kepada keluarganya.

Selain Allahyarham Mohd Fatah, 34, lima lagi anggota bomba yang turut terkorban dalam kejadian pada 9.15 malam semalam ialah Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nor Nadia Kamaludin, 29, dan dua orang anak Nur Medina Aisyah, tiga tahun dan Muhammad Meqa Al Asyraf, setahun setengah. – BERNAMA

Tags: Bombamati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd