• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Adnan Selamat Dikebumi

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Jenazah penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Adnan Othman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lukut pukul 2.00 petang ini.

Jenazah diiringi kira-kira 500 orang terdiri daripada anggota keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan Allahyarham dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Talkin dibacakan oleh Imam Tiga Masjid Kariah Lukut, Ahmad Sumeh Mad Muhtar.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Besar, Aminuddin Harun dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, jenazah Allayarham yang dibawa dari Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam, Selangor tiba di rumah keluarganya di Taman Jaya Lukut pukul 11.48 pagi sebelum dibawa ke Masjid kariah Lukut Mukim Port Dickson untuk disolatkan sekali lagi.

Isteri Allahyarham Adnan, Norshamiza Salleh, 32, ketika ditemui pemberita berkata beliau redha dengan ujian pemergian suami tersayang.

“Saya tidak tahu nak cakap apa, kejadian dah berlaku dan saya berfikiran positif kerana suami pergi dalam keadaan baik,” katanya.

Sementara itu, Anwar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Adnan.

“Dia (Adnan) berkhidmat dan sumbangannya pada negara adalah untuk menyelamatkan orang. Jadi kebajikan keluarga harus diberi keutamaan,” katanya.

Aminuddin pula berkata Kerajaan Negeri akan memberi bantuan kepada keluarga mangsa.

“Saya ucap takziah kepada keluarga Adnan. Kehilangan ini adalah kehilangan yang amat besar,” katanya.

Adnan meninggalkan seorang isterj dan dua orang anak masing-masing berumur tiga dan lima tahun.

Semalam, enam anggota penyelam PPDA maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. – BERNAMA

Tags: jenazahPPDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd