• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terperangkap Dalam Mesin Basuh: Bapa Saudara Kanak-Kanak Ditahan

oleh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terperangkap dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. Lim Bak Phai berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kira-kira 11 malam semalam.

“Suspek dipercayai memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dengan niat untuk bergurau menyebabkan mangsa terperangkap kira-kira 20 minit.

“Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam serta polis dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata suspek kini direman selama empat sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Selain itu, Lim berkata pihak polis telah mengambil keterangan ibu mangsa dan akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Ibu mangsa sebelum ini membuat laporan anaknya itu hilang dan secara tiba-tiba berada di dalam mesin basuh,” katanya.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Selasa berkenaan tular di laman sosial facebook memaparkan rakaman berdurasi satu minit detik cemas kanak-kanak yang terperangkap di dalam mesin basuh itu diselamatkan oleh orang awam. – BERNAMA

Tags: DOBI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

04/10/2024
0

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di...

Suspek Bunuh Kucing Di Dobi Sering Dilihat

13/09/2018
0

GOMBAK - Dua lelaki yang membunuh kucing bunting dengan memasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd