• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazley Tetap Simpati Rosmah Ditahan

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendoakan agar urusan ibu mertuanya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dipermudahkan dan berjalan lancar.

Menurut Fazley, 40, sebagai menantu dia turut bersimpati dengan perkhabaran berita penahanan ke atas isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

“Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau, simpati masih tetap wujud walau apa pun berlaku.

“Moga Allah mempermudahkan segala urusan! Yang salah tetap salah yang benar tetap benar, biarkanlah mahkamah yang memutuskan,” katanya.

Fazley menulis luahan hati tersebut di Instagram pada petang Rabu.

Ia susulan laporan Rosmah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pengubahan wang haram.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, penahanan dibuat pada pukul 3.20 petang di Ibu Pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Fazley dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Rosmah.

Azrene adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan. – Mstar

Tags: fazley yaakobsimpati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Adib Terus Dapat Simpati Pemimpin Negara

01/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Anggota bomba Muhammad Adib, 24, yang cedera parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ...

Fazley, Isteri Macam Pengantin Baharu Naik Pelamin Lagi

29/11/2018
0

PETALING JAYA -Tiga belas tahun selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersanding semula dengan isteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd