• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dayangku Intan Wanita Hebat – Nash

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “DIA adalah wanita yang hebat dan mengagumkan semua orang, termasuklah lelaki seperti saya,” demikian jelas penyanyi Datuk Nash, yang cukup terharu melihat pengorbanan yang dibuat oleh rakan artisnya, Dayangku Intan.

Dayang, 52, telah selamat menjalani pembedahan untuk mendermakan buah pinggang sebelah kanan kepada suaminya, Rosman Yalil, kelmarin.

Pembedahan yang dilakukan di Pusat Perubatan Prince Court di sini mengambil masa sekitar empat jam.

Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid membantu suaminya yang sebelum itu telah disahkan mengalami kegagalan fungsi kedua-dua belah buah pinggang semenjak Jun lalu.

Nash yang merupakan ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) hadir bersama Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave, melawat penyanyi tersebut di hospital berkenaan di sini hari ini.

Kedua-dua penyanyi tersohor ini berkongsi perasaan dengan Dayang, yang disifatkan sebagai artis wanita yang cukup banyak memberi sumbangan kepada anggota masyarakat melalui bidang kesenian.

“Dayang adalah isteri yang sangat baik dan sangat menyayangi suaminya dan keluarganya. Kita doakan semoga mereka berdua kekal bahagia dalam melayari rumahtangga selepas menjalani pembedahan yang penuh risiko ini,”

“Saya percaya pengorbanan kasih yang dilakukan oleh beliau akan menjadi inspirasi kepada ramai lagi wanita di luar sana,” kata DJ Dave pula.

Mereka turut menghulurkan sumbangan daripada pihak Yayasan kepada penyanyi berkenaan.

Yang turut hadir adalah presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin. – UTUSAN ONLINE

Tags: Dayangku Intanderma buah pinggang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dayangku Intan Mula Nyanyi Untuk Suami

13/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Dayangku Intan yang mendermakan ginjal kepada suami, September lalu, sudah memenuhi undangan persembahan demi membiayai kos...

Dayangku Intan Derma Ginjal Untuk Suami

28/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Senandung Hari Raya, Dayangku Intan, 52, bersedia untuk mendermakan sebelah buah pinggangnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd