• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Sebat, Denda Tinggi Menanti Penjual Rokok, Arak Seludup

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencadangkan kepada kerajaan untuk meminda Akta Kastam 1967 untuk mengenakan tindakan hukuman sebatan dan denda minimum RM100,000 terhadap mereka yang menjual rokok dan arak seludup.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata denda hukuman yang lebih berat itu bertujuan untuk mengekang penjualan rokok dan arak seludup di negara ini.

“Dengan pindaan akta itu, penjual yang menjual sekartun rokok seludup akan dikenakan denda minimum RM100,000 dan sebatan berbanding sebelum ini denda antara 10 hingga 20 kali ganda nilai barang sahaja, di mana sindiket biasanya akan membayar denda.

“Kita yakin outlet-outlet yang menjual rokok dan arak seludup dan tiruan di negara ini dapat dikawal kerana tindakan punitif ini,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Subromaniam berkata JKDM yang melancarkan Operasi Gempur telah melakukan 1,063 serbuan ke atas premis untuk mengenalpasti pengedar, pengilang yang memproses minuman keras tiruan di seluruh negara sejak 21 Sept lepas.

Beliau berkata operasi itu juga bertujuan untuk menyekat pembekalan minuman keras yang tercemar di pasaran yang menyebabkan 36 kematian di seluruh negara.

“Ini melibatkan nilai anggaran RM40,571 dan jumlah cukai RM168,375. Dalam operasi khas ini, seramai 129 orang telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 20 (1) Akta Eksais 1976,” katanya.

Sementara itu, Subromaniam berkata JKDM berjaya mematahkan satu lagi sindiket pemprosesan arak tiruan melalui serbuan ke atas sebuah kilang di kawasan Cheras, Kuala Lumpur pada 28 Sept lepas.

Beliau berkata pasukan JKDM turut menemui botol, pelekat, alat oembotolan arak serta bahan memproses arak tiruan.

“JKDM telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 60 tahun yang terlibat dalam memproses minuman keras tiruan.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah memproses arak tiruan pelbagai jenama bagi tujuan pasaran tempatan dengan menjadikan kawasan perumahan sebagai lokasinya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Arak tiruan itu dijual kepada warga asing dengan harga jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran,” katanya.

Dalam serbuan itu, beliau berkata JKDM turut menjumpai 650 liter minuman keras yang dipercayai barang tidak berkastam yang nilai dan cukainya dianggarkan RM10,000.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 74 (1) Akta Eksais 1976, Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1976 dan Seksyen 6 (1) Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976. – BERNAMA

Tags: Hukuman SebatRokok Seludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd