• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Island Music Fesival 2018 Tidak Dibenar Di Terengganu

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu tidak pernah mengeluarkan permit penganjuran Island Music Festival 2018 meskipun tular di media sosial yang ia akan berlangsung dari 12 hingga 14 Oktober ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.

Beliau berkata festival itu tidak akan diadakan di Pulau Redang seperti diuar-uarkan malah mesyuarat mingguan Exco negeri hari ini memutuskan menolak permohonan penganjur kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga tidak mengeluarkan sebarang notis kebenaran penganjurannya, katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, hari ini..

“Penularan video ini memberi impak negatif kepada negeri. Kita tengok iklan yang ditularkan di laman sosial langsung tidak menepati dan menyimpang banyak daripada enakmen hiburan negeri yang ditetapkan. Visual yang ditayangkan banyak menampilkan adegan seksual.

“Ini menyalahi prinsip moral, ketimuran apa lagi agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. Oleh itu selepas mengambil pandangan banyak pihak dan juga komuniti di Pulau Redang…kita ambil keputusan untuk tidak keluar permit,” katanya.

Mengulas lanjut, Alias berkata bagi memastikan pihak penganjur mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, pasukan penguat kuasa PBT akan ditempatkan di Pulau Redang bagi memantau sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan.

“Kita dapati festival ini telah dianjurkan sejak 2013 lagi dan mereka tidak pernah ambil permit daripada PBT, bila ada isu baru minta (buat permohonan) baru-baru ini.

“Kita telah panggil mereka berbincang tetapi penganjur, FGS KL sehingga sekarang tidak datang. Jadi kami buat keputusan untuk tidak benarkan kerana festival sebelum ini kami dapati banyak berlaku sesuatu yang melanggar batas sosial seperti pesta arak dan zina,” katanya.

Alias berkata Terengganu bukanlah menyekat semua bentuk hiburan, tetapi ia perlu mematuhi syarat tertentu berdasarkan peraturan sedia ada dalam Enakmen Hiburan Negeri Terengganu 2003.

Antara garis panduan yang ditekankan ialah tidak boleh berlaku percampuran terlampau antara lelaki dan perempuan di atas pentas serta lagu-lagu yang dipersembahkan tidak mengandungi lirik melalaikan. – BERNAMA

Tags: Festivalpermit penganjuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti DAP yang sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membezakan antara budaya Malaysia dengan disko jalanan susulan...

Festival Filem Animasi Dunia Ke-5 Di Jepun

30/10/2018
0

EDISI kelima ‘New Chitose Airport International Animation Film Festival 2018’ dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 November ini di bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd