• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Hak Milik Tanah 999 Tahun Masih Dibincang

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Isu mengenai pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baharu di Perak masih pada tahap perbincangan, kata Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal berkata buat masa ini beliau tidak dapat memberi keputusan kerana ia memerlukan beberapa proses termasuk sesi perbincangan town hall.

“Pada ketika ini saya tidak boleh memberikan hak pegangan bebas kerana perancangannya adalah adakan pertemuan town hall, sejurus selepas itu saya akan bawa semua pandangan dan cadangan ke majlis presiden Pakatan Harapan dan juga majlis tanah negara.

“Mereka yang akan membuat apa sahaja keputusan. Saya akan patuh dan turuti tetapi buat masa ini saya hanya akan berikan kepada mereka yang mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (TOL) geran 99 tahun untuk mereka dapatkan pinjaman kewangan bagi membina rumah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersiaran selama satu jam menerusi Slot Sepagi Bersama MB di PerakFM di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di sini hari ini.​​​​

Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang berkata walaupun janji memberikan status hak milik tanah 999 tahun kampung-kampung baharu termaktub di dalam manifesto Pakatan Harapan negeri, beliau perlu membuat keputusan berdasarkan kebaikan ramai.

“Banyak perkara yang dijanji pada ketika ini baik untuk negeri tetapi apabila kita di dalam pentadbiran, kita melihat ia tidak semestinya baik untuk sebahagian besar majoriti, jadi kita perlu pertimbang dan lihat balik serta menyelaras semula janji-janji kita ,” katanya.

Pada 13 Ogos lepas, Ahmad Faizal semasa menggulung perbahasan atas Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 berkata pihaknya tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) pada 25 April 1997 menetapkan tempoh pegangan pajakan bagi kampung-kampung baharu tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun. – BERNAMA

Tags: hak milik tanahperbincangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Saran Perbincangan Meja Bulat Disertai Wakil Penyokong Termasuk  ‘Ultras’

JDT Saran Perbincangan Meja Bulat Disertai Wakil Penyokong Termasuk ‘Ultras’

10/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalu-alukan cadangan beberapa pihak untuk mengadakan perbincangan meja bulat mengenai...

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd