• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,000 Permohonan Pengecualian Cukai Diluluskan

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 8,000 permohonan pengecualian cukai daripada badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan dan yayasan telah diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak 1967 sehingga ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata setiap permohonan yang dikemukakan perlu menetapi syarat di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Kita sememangnya menerima banyak permohonan daripada NGO dan yayasan untuk mendapatkan pengecualian cukai. Bagaimanapun ada permohonan yang ditolak berikutan tidak menepati syarat di bawah akta tersebut.

“Faktor lain permohonan ditolak juga adalah disebabkan dokumen tidak lengkap serta penubuhan sesuatu pertubuhan itu tidak mencapai objektifnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program ‘A Morning with LHDNM, Know How of NGO Tax Exemption Process’, di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata setiap NGO dan yayasan disarankan untuk mendapatkan maklumat tepat dan terperinci daripada LHDN sebelum permohonan dikemukakan.

Dalam pada itu, Sabin berkata tahap pematuhan pembayaran cukai dalam kalangan NGO yang layak juga berada di tahap memuaskan.

“Tahap pematuhan pembayaran cukai bagi mereka yang layak membayar cukai adalah memuaskan dan ia turut membantu kutipan cukai LHDN,” katanya.

Program yang dianjurkan LHDN dengan kerjasama Myperintis tersebut bertujuan memberi pendedahan mengenai proses pengecualian cukai dalam kalangan NGO. Program tersebut dihadiri kira-kira 300 peserta.

Pada majlis itu, Sabin turut melancarkan inisiatif terbaru agensi itu iaitu sistem kod ‘QR’ bagi memudahkan orang ramai membuat semakan mengenai LHDN. – BERNAMA

Tags: LHDNpermohonan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd