• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Berjaya Tarik Pelaburan Hampir RM2 Bilion

oleh
03/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – InvestPerak, anak syarikat kerajaan negeri Perak dan Gas Malaysia Berhad akan melaksanakan pelbagai projek pelaburan berjumlah RM1.9 bilion pada tahun depan hasil perjanjian kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata antara jumlah pelaburan terbesar adalah RM1.1 bilion membabitkan kerjasama antara InvestPerak dan Malayan Flour Mills Berhad (MFM) bagi pembinaan sebuah kilang pengeluaran industri agro makanan di negeri ini.

Perjanjian lain menyaksikan Top Glove Berhad yang akan melabur RM100 juta untuk membina sebuah kilang pengeluaran sarung tangan di sini.

“InvestPerak turut bekerjasama dengan Central Medicare Sdn Bhd untuk membina sebuah kilang pengeluaran sarung tangan di Changkat Jong, Teluk Intan dengan nilai pelaburan berjumlah RM600 juta.

“Selain itu, Smart Paints Manufacturing Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan InvestPerak bagi pembinaan sebuah kilang cat berkualiti di Kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah dengan nilai pelaburan sebanyak RM50 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan jaringan perniagaan anjuran InvestPerak di sini, malam ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Mengulas selanjutnya, Ahmad Faizal berkata InvestPerak turut menjalin kerjasama dengan Optotronic Semiconductors Sdn Bhd bagi pembinaan sebuah kilang pengeluaran lampu diod pemancar cahaya (LED) di Kamunting, Taiping dengan nilai pelaburan sebanyak RM50 juta. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd