• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Pernah Minta Maaf Kepada Anwar”

oleh
03/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersih namanya kini tampak tidak kesampaian apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap menegaskan tidak pernah meminta maaf kepada dirinya.

Kenyataan terkini Perdana Menteri itu sekali gus membuktikan bahawa Mahathir tidak pernah berubah pendirian mengenai tuduhan liwat terhadap bekas timbalannya tersebut yang dipecat jawatan secara zalim pada 1998 lalu.

Menerusi wawancara eksklusif stesen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dalam program bual bicara Hardtalk hari ini, beliau mendakwa tidak pernah mengakui kesilapan apabila buat tuduhan salah laku moral terhadap Anwar.

Justeru Mahathir menjelaskan langsung tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Presiden PKR itu tetapi pihak lain buat pelbagai andaian terhadapnya kerana mahu beliau meminta maaf ekoran tindakannya pecat Anwar.

“Itu pendapat beliau. Saya tidak pernah beritahunya tapi orang lain letak perkataan ini di mulut saya sebab mereka mahu saya minta maaf. Namun saya tidak pernah buat permohonan maaf secara formal kepada Anwar,” katanya.

Dalam nada cukup angkuh, Mahathir jelas tersenyum ketika lihat hos wawancara tersebut, Zeinab Badawi kelihatan agak terkejut sebelum wanita itu membacakan semula kenyataan Anwar sewaktu ditemu bual BBC sekitar Jun lalu.

“Mahathir memberitahu saya (Anwar) bahawa beliau pernah membuat kesilapan dan mahu mengambil peluang untuk membetulkannya semula,” kata pengacara stesen berita antarabangsa itu yang memetik kenyataan Anwar.

“Saya tidak pernah pun mengatakan perkara tersebut (meminta maaf) kepada dirinya, tetapi orang lain yang kata, kerana mereka mahu lihat saya tunduk memohon maaf,” tegas perdana menteri dengan usia paling tua di dunia itu.

Memetik jawapan Anwar, Zeinab berkata: “Mahathir membuktikan ketabahannya, menerima batasan masa lalu, memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaganya untuk meningkatkan martabat rakyat dan negara.”

Terkejut dengan kenyataan bekas ketua pembangkang tersebut, Mahathir dengan pantas berkata ia sebenarnya adalah pandangan peribadi Anwar yang mungkin agak teruja selepas baru dibebaskan daripada hukuman penjara.

Mengulas lanjut Mahathir berkata isu dakwaan beliau terhadap Anwar pada masa lalu tidak pernah dibangkitkan apabila mereka bekerjasama untuk guling Datuk Seri Najib Razak menewaskan Barisan Nasional (BN) 9 Mei lalu.

Untuk rekod Mahathir memecat Anwar genap 20 tahun lalu, yang kemudian diaibkan apabila didakwa atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa termasuk pihak polis dikerah usung tilam ke mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.

Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana rasuah pada 1999, dan penjara sembilan tahun untuk tuduhan liwat setahun kemudian. Mahkamah Persekutuan namun membatalkan sabitan kes dan membebaskan pada 2004.

Kedua-duanya hanya bertemu buat kali pertama di mahkamah atas tuduhan liwat kedua selepas 18 tahun sekitar September 2016, dan kemudian mereka mengumumkan sebuah pakatan baharu untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Mahathir dalam program wawancara itu bagaimanapun berkata beliau berasa kesal apabila Anwar dipenjarakan tetapi mengatakan beliau tidak patut pula dipersalahkan kerana ia diputuskan sendiri oleh pihak mahkamah.

Ditanya adakah beliau ada rasa bersalah dengan kes liwat oleh Anwar itu, Mahathir selamba berkata: “Saya rasa kasihan kepada mereka yang melakukan sesuatu kesalahan dan perlu dihukum penjara.” – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: BBCMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd