• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Kontraktor Direman 6 Hari Bantu Siasatan Tuntutan Palsu

oleh Cj Mnh
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman 13 kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan program sukan tiga tahun lalu.

Perintah reman selama enam hari terhadap 11 lelaki dan dua wanita itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali bermula hari ini sehingga 7 Oktober ini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Mohamad Anis Redza Mohamad Anwar.

Kesemua 13 kontraktor berumur dalam lingkungan 30-an dan 60-an terbabit merupakan antara 17 yang ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam, di Pejabat SPRM Johor, di sini.

Menurut sumber, siasatan yang dijalankan mendapati kesemua kontraktor dari syarikat berbeza itu membuat tuntutan palsu berkaitan penganjuran Program Liga Sukan Untuk Semua Daerah di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi bagi 2015 sedangkan program-program tersebut tidak dilaksanakan.

Jumlah keseluruhan tuntutan palsu tersebut melebihi RM90,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Selain 13 yang direman itu, empat lagi iaitu tiga wanita dan seorang lelaki sudah dibebaskan SPRM hari ini dengan jaminan antara RM3,000 dan RM10,000 seorang dengan seorang penjamin selepas keterangan mereka selesai direkodkan. –BERNAMA

Tags: kontraktorTuntutan Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Bumbung KLIA Bocor: Kontraktor Perlu Bertanggungjawab – Loke

Bumbung KLIA Bocor: Kontraktor Perlu Bertanggungjawab – Loke

17/11/2025
0

Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sudah diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd