• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Imigresen Meninggal Semasa Latihan Kecergasan

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meninggal dunia selepas menjalani latihan kecergasan di Kem Changkat, Batu Gajah, petang semalam.

Mohammad Hanafi Rahman, 25, yang bertugas sebagai pegawai pendakwa di Unit Pendakwaan Bahagian Penguatkuasa JIM Johor disahkan meninggal dunia pada 6.55 petang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata mangsa yang menjalani latihan kecergasan sejak Ahad lepas dipercayai berada dalam keadaan tidak berdaya untuk meneruskan latihan kira-kira 11 pagi semalam dan dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kemudiannya dipindahkan ke HRPB, Ipoh petang semalam sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kampar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, di sini hari ini.

Menurutnya keputusan hasil bedah siasat masih belum diketahui namun jenazah telah dituntut oleh ahli keluarga mangsa.

Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan luaran ke atas tubuh badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan perbuatan mana-mana individu dan polis setakat ini mengklasifikasikan kes kematian sebagai mati mengejut, katanya.

Mengulas kes lain, Yahya berkata polis telah mengambil keterangan enam individu termasuk dua penyelia berhubung kes seorang anggota tentera melecur kedua-dua belah kakinya selepas direndam dalam air panas di sebuah kem tentera di Batu Gajah pada Ogos lepas.

“Soal siasat ke atas kesemua individu adalah untuk mengenal pasti punca sebenar anggota tentera berkenaan disuruh merendam kedua-dua kakinya dalam air panas kononnya untuk mengubati cagu yang dialami mangsa sama ada (merendam kaki) disengajakan atau tidak disengajakan,” katanya.

Menurutnya kes berkenaan dirujuk kepada Bahagian Siasatan Perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut kerana melibatkan penjawat awam namun tiada tangkapan dilakukan sehingga kini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi pada 14 Ogos lepas, mangsa yang berusia 20 tahun melecur teruk selepas didakwa direndam di dalam baldi yang mengandungi air panas serta dicampur dengan garam secara paksa oleh jurulatih dan anggota senior kononnya untuk mengubati cagu yang dialami mangsa.

Mangsa telah menjalani pembedahan membuang kulit dan daging kedua-dua kaki yang rosak di HRPB dan kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Kangsar, manakala kes disiasat menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah. – BERNAMA

Tags: meninggal duniapegawai imigresen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

Pegawai Imigresen Terbabit Rasuah Simpan RM1.5 Juta Dalam Tabung Haji, ASB

Pegawai Imigresen Terbabit Rasuah Simpan RM1.5 Juta Dalam Tabung Haji, ASB

15/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Selain barangan kemas dan emas, pegawai Jabatan Imigresen yang terbabit salah laku rasuah di pintu masuk negara dikesan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd