• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Akan Dengar Merit Kes Semakan Kehakiman SIS

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar merit dan beberapa isu bidang kuasa berkaitan dengan fatwa dalam permohonan semakan kehakiman difailkan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Peguam Syarie Majdah Muda yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata antara isu bidang kuasa yang akan didengar ialah sama ada mahkamah sivil ada bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman berhubung fatwa.

“Kami juga mencabar pemohon ketiga dalam kes ini iaitu bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sama ada beliau ada locus standi untuk mencabar fatwa,” katanya kepada pemberita selepas prosiding dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin hari ini.

Katanya antara merit yang akan didengar ialah sama ada fatwa melampaui undang-undang Persekutuan, sama ada fatwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sama ada responden (MAIS) bertindak melebihi kuasa yang diperuntukkan dan sama ada fatwa melampaui enakmen negeri.

“Selain itu beberapa isu seperti multimedia juga akan didengar,” katanya dan memaklumkan mahkamah menetapkan 23 Nov untuk pengurusan lanjut kes berkenaan.

Pada 25 Sept lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan permohonan semakan kehakiman berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran merit kes termasuk persoalan membabitkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Semua pihak yang terlibat juga berbincang dan menandatangani perintah persetujuan bagi kes itu dan panel itu kemudiannya membatalkan rayuan MAIS, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017 yang membenarkan permohonan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Hakim Malanjum berkata kesemua pihak-pihak yang terlibat boleh mengemukakan hujahan berhubung isu bidang kuasa di Mahkamah Tinggi yang akan menjimatkan banyak masa dan seterusnya mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan SIS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2016 yang menolak permohonan SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.

Pada 31 Okt 2014, SIS Forum (Malaysia), Zainah dan Zaid memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan Kerajaan Selangor sebagai responden.

Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.

Mereka juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, mereka turut memohon deklarasi bahawa SIS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai “company limited by guarantee” adalah tidak tertakluk dan bukan subjek kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS. – BERNAMA

Tags: Mahkamah TinggiSisters In Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

26/12/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd