• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Garis 3 Teras Bagi Jamin Keharmonian Kaum Dan Agama

oleh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kerajaan menggariskan tiga teras utama sebagai naratif baharu bagi menjamin keharmonian antara kaum dan agama di negara ini selaras dengan era Malaysia baharu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata kesemua tiga teras itu yang dilaksanakan secara tertib juga boleh menjadi model kepada negara luar.

Tiga teras itu ialah agama Islam sebagai agama ‘rahmatan lil alamin’ (agama yang membawa rahmat) iaitu menyantuni, membuka dialog dan tidak memaksa; kedua maqasid syariah yang bukan hanya berkisar tentang hudud dan undang-undang Islam tetapi juga melibatkan soal keadilan dan kemanusiaan yang dapat ditegakkan.

“Ketiga ialah model Malaysia iaitu kita nak beritahu bahawa Malaysia ada satu model yang baik dalam mengharungi kepelbagaian dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kita boleh tunjuk kepada dunia saat dunia berperang, berbunuhan atas nama kaum dan agama (bahawa) kita boleh hidup dengan aman dan damai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis minum petang bersama badan bukan kerajaan mewakili pelbagai agama di sini yang turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, pelbagai perubahan sedang dirangka kerajaan bagi memastikan negara dapat ditadbir dengan baik dan pada masa sama hubungan baik antara kaum dan agama terus dapat dikekalkan.

“Maka naratifnya sekarang ini ialah kita kata sesiapa yang membenci agama lain atau kaum lain dengan niat menimbulkan kebencian, perlulah kepada satu undang-undang yang khusus. Sebab itu kita bercadang perkenalkan Akta Kebencian Agama dan Kaum,”katanya.

Mujahid pada 24 Julai lepas dilaporkan berkata kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain.

Sementara itu beliau menegaskan proses kepada Malaysia baharu baru sahaja bermula dan akan mengambil masa untuk selesai.

“Adalah salah jika ada yang mengatakan bahawa ia telah berlaku sebaik sahaja PH menerajui kerajaan pusat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kenyataan PAS tidak bersedia untuk menyertai 'Rumah Bangsa' anjuran Presiden UMNO menunjukkan parti itu tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd