• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Masih Seperti Dahulu,” Kata Dr Mahathir

oleh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau masih seperti dahulu dan caranya bekerja adalah mengikut gaya beliau seperti sebelum ini.

Ketika ditanya oleh hadirin dalam syarahannya mengenai “Masa Depan Demokrasi di Asia” di Chatham House di sini berhubung kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas mengenai dirinya dalam satu wawancara bahawa beliau telah berubah, Dr Mahathir berkata kenyataan Thomas ada benar dan ada ada silapnya.

“Saya masih seperti dahulu,” kata beliau.

“Saya masih menjalankan urusan seperti biasa tetapi saya perlu menghormati kehendak orang lain, dan terutama berhubung dengan apa yang mereka sebut sebagai kronisme,” kata beliau.

Dr Mahathir menjelaskan beliau sebenarnya membantu mereka yang berupaya memperoleh keuntungan daripada apa sahaja perniagaan yang mereka usahakan.

“Jika anda meminta seseorang yang tidak berpengetahuan dalam perniagaan dan memintanya menjalankan perniagaan yang dia tidak mempunyai pengetahuan dalam perniagaan, maka anda mengundang kegagalan. Jadi, apabila anda memberikan kontrak – hari ini, kita harus melakukannya melalui tender. Sebelum itu, tender adalah terbatas. Sekarang melalui tender penuh, semua orang boleh membuat bidaan,” kata beliau.

Mengenai hubungan beliau dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata beliau akan menyerahkan kepimpinan perdana menteri kepada Anwar apabila beliau akan bersara dalam masa dua hingga tiga tahun.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan beliau,” kata Dr Mahathir.

Menjawab soalan mengenai 1MDB, perdana menteri berkata keutamaan sekarang ialah bagi kes-kes yang bukti-buktinya telahpun diperoleh.

Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, wang yang dilesapkan daripada 1MDB digunakan untuk membeli hartanah dan menghasilkan filem, kata beliau.

“Wang yang diselewengkan adalah wang kami. Kami mempunyai hak untuk mendapatkannya balik. Kami akan berunding dengan Amerika Syarikat,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata isu 1MDB akan ditangani “satu demi satu” dan pada masa ini, ia melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh bekas perdana menteri.

Mengenai persoalan berhubung negara-negara yang terlibat dalam 1MDB, beliau berkata, “Ada orang yang melanggar undang-undang di negara kami. Kadang-kadang, mereka melarikan diri ke negara lain, Kami melakukan yang terbaik untuk berunding. Kami tidak boleh berperang.” – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd