• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Tingkat Penguasaan Pasaran Pada September

oleh
01/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (Proton) telah meningkatkan penguasaan pasarannya pada September dengan kenaikan 15 peratus dalam Jumlah Volum Industri (TIV), paras tertinggi baharu bagi tahun ini dan peratusan penguasaan tertinggi sejak Mei 2017.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Proton berkata, peningkatan keseluruhan penguasaan pasaran menunjuk ke arah jualan Proton yang terus meningkat pada bulan itu berbanding pesaing utamanya.

“Peratusan sebenar akan disahkan selepas jumlah rasmi diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia tetapi dari konteks sejarah, hasilnya sangat baik.

“Penjualan tahun ke tahun meningkat sebanyak satu peratus dan penguasaan pasaran sebanyak empat peratus berbanding 2017, hasil yang amat baik memandangkan bulan itu secara tradisinya adalah lembap,” katanya.

Pengeluar kereta nasional itu berkata, analisis lanjut menunjukkan pertumbuhan dalam penguasaan pasaran sebagai sebahagian daripada trend keseluruhan syarikat dari awal 2018 dengan peningkatan yang ketara pada Ogos (14.5 peratus) yang dibawa ke September.

“Selepas tiga bulan berturut-turut mencatat jualan tertinggi pada 2018, jualan kereta di Malaysia menyusut pada September apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikuatkuasa.

“Proton tidak terkecuali kerana jualan tertinggi dalam tempoh 36 bulan lepas sebanyak 9,501 unit telah merosot kepada jualan 4,524 unit,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, Proton memutuskan untuk meminimumkan impak dengan menyerap SST dan langkah itu berjaya apabila keseluruhan penguasaan pasarannya setakat ini berkembang ke paras tertinggi pada 2018.

“Kami meramalkan kejatuhan TIV pada September kerana dalam tempoh tiga bulan Cukai Barang dan Perkhidmatan berkadar sifar telah mewujudkan tempoh jualan yang luar biasa untuk pasaran.

“Dengan tempoh orang ramai berpusu-pusu membeli kereta baru berakhir dan SST dilaksanakan, pembeli kembali ke corak pembelian normal tetapi wujud terlebih pembetulan dalam jangka pendek,” katanya. – BERNAMA

Tags: Proton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd