• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Keharmonian & Perpaduan Rakyat Masih Baik

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tahap keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini dirumuskan sebagai masih baik berdasarkan Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) yang hanya merekodkan empat konflik setakat suku kedua tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Baharin Idris berkata pemantauan pihaknya juga mendapati trend konflik berkenaan berlaku agak tinggi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei lepas.

“Trend IKM agak unik ketika negara menghadapi PRU14, indeksnya sedikit tinggi kerana berlaku pelbagai isu menyebabkan pergaduhan dan ketegangan yang sedikit-sebanyak menjejaskan suasana perpaduan.

“Bagaimanapun, ia (konflik) semakin hari semakin berkurangan malah semasa peralihan kuasa kepada kerajaan baharu selepas PRU14 juga tidak menjejaskan perpaduan dan keharmonian rakyat, membuktikan masyarakat semakin matang,” katanya kepada pemberita selepas acara pelepasan Kembara Perpaduan Sekretariat Rukun Negara (SRN), di sini hari ini.

Katanya walaupun kadar IKM empat konflik itu masih rendah berbanding jumlah 25 konflik untuk mencapai paras berwaspada, semua pihak harus sentiasa menjaga perilaku supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi.

Merujuk proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang sedang berlangsung sehingga hari pengundian pada 13 Okt ini, Baharin menasihati semua pihak terutama penyokong calon supaya tidak menimbulkan sebarang elemen yang boleh menggugat perpaduan masyarakat.

Mengulas mengenai kembara perpaduan SRN anjuran JPNIN Selangor, beliau berkata program yang julung kali diadakan itu bertujuan memberi penghayatan kepada peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tentang gerak kerja pemimpin komuniti untuk mengurus dan mengukuhkan perpaduan rakyat akar umbi.

“Mahasiswa merupakan aset negara dan disebabkan itu JPNIN memberi pendedahan secara praktikal, ini supaya mereka dapat melihat sendiri gerak kerja komuniti berbanding program seminar atau kursus yang pernah kita anjur sebelum ini,” katanya.

Kembara empat hari sehingga Khamis ini disertai 30 anggota SRN yang juga wakil pemimpin pelajar daripada tujuh IPT di Selangor, akan menuju ke Perlis, Kedah dan Perak untuk menjalankan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat antaranya Orang Asli bagi menghayati prinsip Rukun Negara dan seterusnya memperkukuh jati diri mereka.  – BERNAMA

Tags: Indeks Ketegangan MasyarakatPerpaduan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

31/08/2024
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024...

PBB Puji Usaha Malaysia Pupuk Perpaduan

06/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bersatu (PBB) memuji usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara agama, khususnya cadangan untuk menubuhkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd