• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sasar 11,000 Kaunselor Profesional Menjelang 2020

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan Malaysia mempunyai 11,000 kaunselor profesional menjelang 2020, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ini kerana peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting terutamanya dalam situasi masyarakat yang berhadapan dengan pelbagai tekanan kehidupan.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata sehingga 31 Ogos lepas, terdapat 8,039 kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor iaitu seorang kaunselor bagi setiap 4,030 penduduk.

“Nisbah ini masih terlalu besar untuk mendepani masalah sosial yang semakin kompleks pada hari ini dengan berkesan. Jadi, sasaran 11,000 kaunselor menjelang 2020 akan membolehkan satu kaunselor kepada 2,945 orang penduduk.

“Oleh itu, saya menyeru agar setiap kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor dan meningkatkan kemahiran melalui program pembelajaran profesional berterusan agar lebih ramai rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kaunseling ini,” katanya selepas melancarkan Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2018, di sini hari ini.

Memetik Kajian Kesihatan dan Morbitidi Kebangsaan 2015 oleh Kementerian Kesihatan, Dr Wan Azizah berkata prevalens masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun ke atas adalah 29.2 peratus atau kira-kira 4.2 juta orang.

“Ini bermaksud satu dalam tiga penduduk Malaysia mengalami isu yang berkait dengan masalah mental.

“Kajian yang sama dilaksanakan pada tahun lalu menyasarkan skop kesihatan remaja menunjukkan bahawa perasaan cemas sebanyak 39.7 peratus diikuti depresi (18.3 peratus) dan stres (9.6 peratus) adalah antara tiga penyakit mental utama dalam kalangan remaja di sekolah,” kata beliau.

Di samping itu, Dr Wan Azizah berkata Lembaga Kaunselor juga membangunkan satu Garis Panduan Perkhidmatan Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan sebagai rujukan untuk mengendalikan isu dalam keluarga seperti penderaan, keganasan rumah tangga, penceraian, pengabaian dan sebagainya.

“Saya yakin dengan adanya garis panduan sebegini akan membantu kaunselor berdaftar memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik untuk masyarakat. Ini penting agar permasalahan keluarga dapat ditangani seawal krisis di peringkat akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata Lembaga Kaunselor telah mewujudkan Tabung Ihsan Waris Kaunselor Berdaftar sebagai menghargai kaunselor berdaftar yang telah meninggal dunia dengan menjaga kebajikan warisnya.

Sebagai permulaan, Lembaga kaunselor akan menyumbang RM10,000 kepada tabung ini dan setiap waris akan menerima bantuan sebanyak RM1,500. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismailkaunselor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan kasih sayang yang mendalam buat isterinya,...

Lebih 1,200 Kaunselor Ditempatkan Di PPS

23/12/2021
0

SEPANG: Lebih 1,200 pegawai kaunselor digerakkan di seluruh pusat perpindahan sementara (PPS) untuk memberikan bimbingan dari segi psikososial kepada mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd