• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaedah Bayar Balik PTPTN Diserah Kepada Menteri

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Draf pembayaran balik pinjaman hasil kajian holistik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada Rabu lalu untuk diteliti dan tindakan lanjut, kata pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata draf itu juga diserahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk tujuan input dan penambahbaikan.

“Kita mengesan banyak kelemahan dalam pengurusan pembayaran balik pinjaman sebelum ini dan telah membuat kajian holistik bagi merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi membantu meringankan beban peminjam,” katanya.

Wan Saiful bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Pakatan Aktivis Bersatu Perihatin Rakyat Perlis di Beseri, di sini Sabtu malam.

Menurutnya, antara intipati draf berkenaan ialah peminjam yang berpendapatan rendah atau baru mendapat pekerjaan akan diberi kelonggaran membayar balik pinjaman bagi meringankan beban mereka.

Wan Saiful berkata agensi itu akan turun padang mengadakan sesi taklimat di seluruh negara dalam masa terdekat supaya orang ramai lebih memahami fungsi PTPTN sekali gus menghentikan sebarang tohmahan dan fitnah terhadapnya.

Pada 20 Sept lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN berjumlah RM36 bilion.

Turut hadir pada majlis itu ialah penaung pertubuhan berkenaan, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis Amier Hassan. – BERNAMA

Tags: MenteriPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Sesi Penerangan Menteri RCI Tabung Haji Tanpa Usul – “Baik Buat Sidang Media Saja”

Hanya Sesi Penerangan Menteri RCI Tabung Haji Tanpa Usul – “Baik Buat Sidang Media Saja”

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengadakan sesi Penerangan...

Lepaskan Jawatan Jika Serang Kerajaan Persekutuan – PMX Anwar

Lepaskan Jawatan Jika Serang Kerajaan Persekutuan – PMX Anwar

19/07/2026
0

IPOH - Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan diberi amaran menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd