• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Macedonia Keluar Mengundi Tukar Nama Negara

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKOPJE – Rakyat Macedonia keluar mengundi hari ini sama ada untuk menukar negara itu kepada Republik Macedonia Utara, desakan disuarakan kerajaan pro-Barat bagi membuka jalan menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) dengan menyelesaikan pertelingkahan mengenai nama dengan Greece sejak beberapa dekad.

Pungutan suara itu adalah antara halangan terakhir perjanjian yang dicapai antara Macedonia dan Greece Jun lalu untuk menyelesaikan perbalahan itu, yang menghalang Macedonia daripada menyertai dua institusi itu sejak ia berpisah dari Yugoslavia pada 1991.

Greece, yang memiliki wilayah sendiri diberi nama Macedonia di utara negara itu, menegaskan nama Macedonia mewakili tuntutan ke atas wilayahnya.

Ia melarang kemasukan Macedonia ke NATO dan EU, dan memaksa ia menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan nama sementara sebagai Republik Macedonia Bekas Yugoslavia atau FYROM.

Perdana Menteri Macedonia, Zoran Zaev, berkata penerimaan nama baru adalah harga yang berbaloi dibayar untuk menyertai NATO dan EU.

Namun pembangkang nasionalis berkata, ia merendahkan identiti etnik negara yang ramai penduduk Slavik itu.

Presiden Gjorge Ivanov berkata, beliau memulaukan pungutan suara berkenaan.

Undian bagi 1.8 juta pengundi akan dibuka pada jam 7.00 pagi waktu tempatan dan ditutup pada jam 7.00 malam waktu tempatan.

Soalannya di atas kertas undian adalah: “Adakah anda setuju menganggotai NATO dan EU dengan menerima persetujuan dengan Greece?”

Pungutan suara itu lebih kepada nasihat dan tidak terikat dengan undang-undang tetapi anggota Parlimen berkata mereka akan mematuhi keputusan undian itu.

Pertukaran nama memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga di Parlimen. — Reuters/BH ONLINE

Tags: Macedoniamengundi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

26/04/2025
1

Tapah: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi...

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

17/08/2024
0

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd