• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tiga Anak Dinobat Mrs Malaysia World 2018

oleh
30/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu kepada tiga orang anak, Kokilam Kathirvailu dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World 2018 selepas mengetepikan 17 peserta lain pada pertandingan akhir di sini, malam ini.

Wanita berusia 34 tahun itu dipakaikan mahkota kejuaraan bernilai RM2.5 juta tajaan Ceres Jewels Malaysia serta menerima barang kemas bernilai RM25,000, trofi dan lain-lain hadiah sampingan.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menyifatkan kemenangannya sebagai satu inspirasi kepada golongan wanita yang ingin mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang tidak kira usia.

“Kepada semua wanita yang berkahwin, anda boleh menaruh impian besar, jika anda punya keyakinan diri, anda pasti akan mencapai impian…,” kata pelajar tahun tiga dalam bidang psikologi di Universiti Terbuka Malaysia itu.

Beliau akan mewakili Malaysia di peringkat dunia (Mrs World) di China pada Januari depan.

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Lila Ruzaini Hussain, 47, dari Pahang; dan Marianny Ismail, 33, dari Melaka.

Seramai 18 wanita berusia 27 hingga 53 tahun berasal dari Johor, Selangor, Sarawak, Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur daripada pelbagai latar belakang kerjaya menyertai pencarian Mrs Malaysia World 2018. – BERNAMA

Tags: Mrs Malaysia World 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd