• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Penamaan Calon PRK Port Dickson Hari Ini

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson akan bermula pukul 9.00 pagi ini dengan tumpuan pastinya terarah kepada jumlah calon yang akan disahkan bertanding.

Proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson dengan tempoh masa satu jam diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi calon-calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing.

Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dengan betul perlu dikemukakan kepada Pegawai Pengurus bersama pencadang atau penyokong dan proses itu akan tamat pada pukul 10 pagi.

Selepas membuat semakan, Pegawai Pengurus SPR seterusnya akan mengumumkan secara rasmi calon-calon yang layak bertanding kerusi itu.

Sebelum ini, beberapa pihak menyatakan hasrat untuk bertanding di PRK itu yang diadakan berikutan perletakan jawatan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lepas.

Tindakan Danyal Balagopal itu adalah bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu untuk kembali semula ke Dewan Rakyat.

Walaupun Anwar dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi kerusi itu berdasarkan keputusan beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini yang memihak kepada PKR, beberapa pihak telah mengesahkan akan menyaingi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dua parti politik iaitu PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini mengesahkan akan bertanding, dengan PAS memilih Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calonnya.

Selain itu dua individu iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong turut dijangka mengambil bahagian sebagai calon Bebas.

Barisan Nasional pula sebelum ini mengumumkan yang ia akan memboikot PRK itu dengan tidak meletakkan calonnya kerana menganggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongkan semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober ini manakala pengundian awal pada 9 Oktober.

Pada PRU ke-14 lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan dari PAS. – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd