• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Ke Atas Syarikat Telco Degil

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi yang masih degil dalam isu pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kad prabayar yang terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegaskan tindakan itu akan diambil melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berikutan arahan tersebut telah berkuat kuasa serta merta sebelum ini.

“Saya difahamkan penyelarasan sistem kewangan syarikat telekomunikasi memerlukan masa 10 hingga 14 hari. Ianya memakan masa untuk menyelaraskan semula sistem dalam komputer mereka.

“Tapi selepas ini memang arahan kita arahan yang tegas, tidak ada cukai SST untuk warganegara Malaysia yang membeli kad prabayar,” katanya pada sidang media selepas majlis anugerah ‘Malaysia Rice Bowl Startup Awards’ di sini, hari ini.

Gobind Singh menegaskan terdapat mekanisme yang telah disusun atur bagi menentukan individu yang membeli kad prabayar itu merupakan warganegara atau tidak.

“Kita telahpun kaji keadaan sedia ada dan mengambil kira bahawa kita boleh buat keputusan atau perbandingan antara warganegara mahupun warga asing di atas dasar itu. Jadi keputusan dibuat untuk menentukan harga berbeza bagi kedua-dua golongan ini,” katanya.

Tambahnya, aduan boleh diajukan kepada kementerian sekiranya terdapat SST dikenakan kepada mana-mana pengguna yang membeli kad prabayar.

Pelaksanaan SST yang berkuatkuasa 1 Sept menyaksikan segelintir pengguna melahirkan rasa tidak puas hati apabila nilai akhir kad tambah prabayar telefon bimbit yang dibeli mereka dipotong dengan sejumlah amaun berikutan SST.

Pada 5 Sept, Kementerian Kewangan mengarahkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar supaya mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara Malaysia. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh DeoTelco
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

23/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See membidas Menteri Digital, Gobind Singh...

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengingatkan rakyat Johor supaya tidak melupakan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd