• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Universiti Didakwa Tunjuk Kemaluan

oleh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan di sebuah universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menunjukkan kemaluan terhadap seorang lelaki, Julai lepas.

Muhammad Firdaus Johan, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Dia didakwa telah melakukan satu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang dengan melakukan perbuatan lucah iaitu menunjukkan kemaluan ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik sauna, di sebuah kondominum di Jalan Sentul Pasar, di sini pada 9 malam, 21 Julai lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin namun Muhammad Firdaus yang diwakili peguam Norizan Yaacub memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih belajar dan ibunya pula menghidap penyakit strok, selain hanya bapanya yang bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Okt untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kemaluan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Ditahan Polis

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Ditahan Polis

30/06/2022
0

PUTRAJAYA – Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar sekolah di sini pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditahan...

Menyamar Pakar Sakit Puan, Minta Gambar Kemaluan

13/11/2021
0

Menggunakan nama pakar untuk meminta kemaluan wanita.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd