• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapatkan Maklumat Cuaca Sebelum Berkelah

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Orang ramai yang bercadang melakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga di kawasan air terjun dan jeram di Selangor semasa musim hujan ini diminta mendapatkan maklumat berkaitan ramalan cuaca terlebih dahulu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hassan Ashaari Omar berkata ia bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai juga perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian kepala air di sungai dan jeram kerana sudah banyak kejadian lemas berlaku disebabkan perkara itu, katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan JBPM Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik di sini hari ini.

Katanya masyarakat perlu mengetahui tanda-tanda awal kejadian kepala air yang merupakan gelombang air yang turun dalam kuantiti besar dan secara mendadak dari hulu sungai ke sungai utama.

“Fenomena kepala air dapat dihidu apabila air sungai berubah menjadi warna keruh dan terdapat banyak sisa-siasa kayu mengalir bersamanya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dari awal tahun sehingga kini, sejumlah 53 kes kematian akibat lemas dan hilang dalam hutan dicatatkan di destinasi tumpuan aktiviti perkelahan seperti air terjun, jeram dan sungai di Selangor.

Katanya pihak bomba akan menggandakan aktiviti rondaan di tempat-tempat perkelahan yang sering berlaku kejadian lemas, terutama pada musim tengkujuh yang meningkatkan risiko banjir kilat di beberapa tempat di Selangor, khususnya di kawasan Parlimen Hulu Selangor. – BERNAMA

Tags: Berkelahmaklumat cuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Berkelah Bersama Rakan Mati Lemas

Remaja Berkelah Bersama Rakan Mati Lemas

21/05/2023
0

HULU SELANGOR : Kegembiraan empat lelaki mandi-manda di Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, di sini bertukar tragedi apabila...

3 Sekeluarga Lemas Ketika Berkelah Di Ranau

01/01/2017
0

KOTA KINABALU - Tiga beranak ditemukan lemas ketika sedang berkelah di kawasan air terjun Kampung Tempios, Sungai Nunuk Ragang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd