• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanada Tarik Taraf Warga Negara Aung San Suu Kyi

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OTTAWA: Penggubal undang-undang Kanada semalam, sebulat suara mengundi menarik balik taraf warga negara kehormat yang dianugerahkan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, susulan jenayah ke atas etnik Rohingya.

Bagaimanapun, keputusan oleh anggota Dewan Rakyat itu tidak berkuat kuasa serta merta, kerana taraf warga negara kehormat diberi mengikut resolusi bersama Dewan Negara.

Justeru, Dewan Negara perlu mengambil tindakan sama menerusi undian bagi menarik balik anugerah yang diberikan kepada Suu Kyi pada 2007 berkenaan.

Pada Rabu lalu, Perdana Menteri, Justin Trudeau ketika memberitahu wartawan berkata, beliau akan meneliti cadangan itu tetapi pada masa sama, mengakui tindakan itu tidak akan menamatkan krisis di Myanmar.

Ketika ini, lebih 700,000 etnik Rohingya sudah meninggalkan Myanmar susulan tindakan zalim kerajaan negara itu.

Usul untuk membatalkan anugerah warga negara kehormat itu dikemukakan oleh anggota pembangkang dari Parti Bloc Quebecois, Gabriel Ste Marie.

Sewaktu ditemui wartawan, Marie berkata: “Saya fikir ia adalah satu langkah yang tepat”.

Minggu lalu, Dewan Rakyat Kanada, secara sebulat suara mentafsirkan insiden ke atas etnik Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai. – Reuters

Tags: Aung San Suu KyiTaraf Warganegara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aung San Suu Kyi Didapati Bersalah, Dipenjara 4 Tahun

06/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada pemimpin demokrasinya, Aung San Suu Kyi. Dia...

Myanmar Pertahan Suu Kyi Susulan Pelucutan Anugerah

14/11/2018
0

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar mempertahankan Aung San Suu Kyi semalam selepas Amnesty International melucutkan anugerah berprestij diberi kepada pemimpin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd