• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Macau Scam: ‘Datuk Seri’ Antara 99 Individu Ditahan

oleh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ antara 99 individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket Macau Scam di Jalan Stesen Sentral, KL Sentral, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata pada serbuan 1.40 petang itu, sindiket yang beroperasi sebagai pusat panggilan itu menjadikan bangunan pejabat mewah berkenaan sebagai markas untuk menawarkan pelaburan kepada pelanggan di China.

Beliau berkata 99 individu yang ditahan itu terdiri daripada 78 lelaki dan 21 wanita berumur antara 14 hingga 44 tahun yang bekerja di premis berkenaan.

“Daripada jumlah itu juga, seramai 93 adalah warga China manakala enam adalah warga tempatan.

“Semasa serbuan, kesemua suspek sedang membuat panggilan menawarkan perkhidmatan pelaburan saham kepada pelanggan warga China yang menjanjikan pulangan lumayan,” katanya pada sidang media mengenai Macau Scam di sini, hari ini.

Amar Singh berkata pihaknya mendapati sindiket ini memperoleh keuntungan lebih RM50,000 sebulan, dan menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan mereka kerana terdapat penggunaan Voice Over Internet Protocol (VOIP) bagi mengendalikan panggilan luar negara.

Beliau berkata antara barang milik sindiket itu yang dirampas adalah telefon bimbit sebanyak 169 unit, komputer riba (114 unit), buku catatan (19 unit), pasport (16 keping) dan sebuah kereta Toyota Vellfire.

“Sindiket yang mensasarkan kebanyakan mangsa warga China ini tidak beroperasi pada satu tempat sahaja, ia untuk menyukarkan kegiatan mereka dikesan. Suspek akan memperdayakan mangsa untuk membeli saham yang kononnya diyakini memberi keuntungan dalam masa yang singkat,” katanya.

Amar Singh berkata kesemua suspek masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Dalam perkembangan yang sama, Amar Singh mendedahkan Macau Scam mengakibatkan kerugian lebih RM100 juta setiap tahun. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd