• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ditahan Disyaki Edar Dadah Di Kawasan Masjid

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis merampas lebih empat kilogram dadah disyaki heroin dianggarkan bernilai RM80,000 selepas menahan tiga individu termasuk seorang janda dalam satu serbuan di tempat letak kereta Masjid Al-Wustha di Guar Chempedak, Gurun kelmarin.

Dalam serbuan pada kira-kira pukul 11.30 malam itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri menahan kesemua suspek disyaki pengedar dadah selepas melakukan risikan selama dua minggu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Helmi Aris berkata, hasil risikan mendapati mereka melakukan aktiviti menjual dadah di kawasan masjid berkenaan sejak tiga minggu lalu.

“Dalam serbuan di tempat letak kereta di kawasan masjid tersebut, kita telah memeriksa sebuah kereta Myvi yang dinaiki tiga suspek yang mana lelaki berusia 40 tahun disyaki pengedar dadah manakala seorang buruh dan seorang wanita masing-masing berusia 31 tahun berperanan sebagai ‘runner’.

“Hasil pemeriksaan atas kusyen tempat duduk belakang kereta tersebut, kita menjumpai satu beg plastik bertulis ‘baby like’ yang membawa penemuan dadah disyaki heroin seberat 4,551 gram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Helmi, hasil siasatan mendapati mereka menjalankan aktiviti menjual dadah di kawasan tempat letak kereta masjid berkenaan kerana menyangka kawasan itu selamat dan kegiatan mereka tidak akan dihidu pihak berkuasa.

“Ujian saringan air kencing dilakukan mendapati ketiga-tiga suspek positif methamphetamin dan kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes merompak, samun bersenjata dan dadah.

“Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, ” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Edar Dadahkawasan masjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid At-Taqwa TTDI Didakwa Diboikot, Isu Pengurusan & Layanan Jemaah Jadi Perhatian

Masjid At-Taqwa TTDI Didakwa Diboikot, Isu Pengurusan & Layanan Jemaah Jadi Perhatian

26/02/2026
0

Kuala Lumpur – Satu hantaran di media sosial yang memaparkan suasana lengang ketika majlis iftar di Masjid At-Taqwa Taman Tun...

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd