• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Bot Langgar Di Limbang Naik Kepada 4 Orang

oleh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMBANG – Dua mangsa warga tempatan yang hilang dalam insiden pelanggaran dua buah bot di Sungai Tiga, Kampung Limpa Ku Pinang, dekat sini, ditemui lemas, petang semalam.

Penemuan kedua-dua mangsa itu menjadikan jumlah yang terkorban dalam kejadian jam 2.05 petang itu kepada empat orang​​​​​​​ termasuk dua wanita warga Brunei yang menaiki sebuah bot laju bersama 20 penumpang.

Timbalan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang, Edmund D. Mahai Amboh berkata mangsa pertama, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Awang Syukri Awangku Rizan, ditemukan pada jam 5.30 petang, kira-kira 100 meter dari lokasi kemalangan.

Mangsa kedua, Mohd Nazmi Marali, 21, dijumpai pada jam 5.51 petang oleh penduduk kampung tidak jauh datri loksa mangsa pertama dijumpai.

Sementara itu, ​​​​​​​Ketua Polis Daerah Limbang, Supt Mohd Bukhori Saffai, berkata dalam kejadian itu, dua wanita warga Brunei maut di dalam bot laju itu manakala dua lagi dilaporkan cedera parah serta dua mangsa warga tempatan itu hilang selepas terjatuh ke dalam sungai itu.

Beliau berkata mayat dua wanita warga Brunei itu dibawa ke Hospital Limbang untuk bedah siasat dan keluarga mereka telah dimaklumkan.

Pelanggaran melibatkan sebuah bot penambang dari Limbang yang dinaiki enam orang dengan bot laju dari Brunei dengan 20 penumpang.

Pengangkutan sungai seperti bot penambang dan bot laju masih menjadi nadi penting kepada sesetengah penduduk Limbang serta penduduk Brunei memandangkan ia lebih pantas berbanding menggunakan jalan darat. – BERNAMA

Tags: bot berlanggar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Antara Terbabit Dalam Perlanggaran Bot Di Brunei

20/12/2018
0

KUCHING - Episod perlanggaran sebuah bot di perairan Brunei yang meragut dua nyawa dan kemudian bertukar menjadi kes penyeludupan, berakhir...

Pasukan Petugas Siasat Pelanggaran Bot Di Limbang

28/09/2018
0

MIRI - Sarawak akan menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk siasat insiden kemalangan bot yang mengorbankan empat orang di Sungai Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd