• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Kereta Mewah Seludup Ganja

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Menyeludup dadah menggunakan kereta mewah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Begitu tindakan dilakukan seorang lelaki yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk menyeludup masuk 54 kilogram ganja.

Tindakannya itu walau bagaimanapun gagal setelah dia diberkas ketika melalui satu sekatan jalan raya di Wang Kelian di sini semalam.

Ketika ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi, lelaki warga tempatan berumur 26 tahun tersebut berada dalam keadaan mencurigakan lalu anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) membuat pemeriksaan ke atas kereta jenis Audi itu.

Timbalan Ketua Pengaran Aksem, Datuk Megat Mohamad Aminudin Megat Alias berkata, hasil pemeriksaan awal di dalam kereta tersebut, pihaknya tidak menemukan apa-apa barangan namun selepas melakukan soal siasat, akhirnya lelaki itu mengaku membawa ganja yang dianggarkan bernilai RM135,000 itu.

Beliau berkata, ganja tersebut disembunyikan di dalam tempat duduk penumpang belakang yang telah diubah suai dan perlu menggunakan alat kawalan bagi membuka kerusi berkenaan.

“Sekali imbas, kita tidak perasan khususnya apabila suspek menggunakan kereta mewah. Namun apabila melihat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan ‘lalok’ mendorong kita untuk menyoal siasatnya sehingga membawa kepada penemuan ganja berkenaan.

“Kita percaya ini adalah sindiket terancang berdasarkan modus operandi digunakan agak teratur dalam mengaburi mata pihak berkuasa. Malah, tempat duduk belakang yang diubah suai dan perlu menggunakan alat kawalan agak menyukarkan kita untuk menemukan barangan disembunyikan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, ganja tersebut dibawa dari Thailand untuk pasaran tempatan dan pihaknya percaya suspek bukan pertama kali menyeludup dadah berkenaan.

“Barangan rampasan dan lelaki berkenaan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori dan Seksyen 6 Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini. Kita percaya tangkapan itu akan membantu kita membongkar sindiket pengedaran dadah itu,” katanya yang turut memaklumkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun.

Katanya lagi, rampasan tersebut adalah yang terbesar bagi Aksem negeri ini untuk tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: kereta mewahseludup ganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Proton Perdana Terbalik Dirempuh ‘Lambo’ Hilang Kawalan

08/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandu terbalik akibat dirempuh kereta mewah jenis Lamborghini yang hilang kawalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd