• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat SUK Kedah Peroleh Penarafan 5 Bintang Indeks SSR

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Kedah hari ini menerima sijil pengiktirafan Indeks Sistem Penarafan Bintang (SSR) 2017-2018 daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Dr Mazlan Yusoff berkata PSUK Kedah memperoleh penarafan lima bintang dalam penilaian Indeks SSR 2017 sekali gus membuktikan agensi tersebut komited dan berprestasi tinggi setelah berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang bagi 2013-2014, 2015-2016 dan 2017.

“Bagi 2017, PSUK berjaya memperoleh peratusan tertinggi mengikut pencapaian prestasi bidang melibatkan inovasi 87 peratus; pematuhan (86 peratus), transformasi (86 peratus) dan kualiti 78 peratus.

“Secara keseluruhannya, PSUK Kedah menunjukkan prestasi baik dalam bidang seperti Pengurusan Sumber Manusia, Ekosistem Konduktif Sektor Awam (EKSA), Penggubalan Program Transformasi dan Keberkesanan Program Transformasi,” katanya dalam ucapan hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan sijil tersebut kepada Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Bakar Din pada Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Indeks SSR 2017-2018 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mazlan berkata program itu salah satu pengisian program turun padang MAMPU untuk mewujudkan jalinan kerjasama serta sinergi antara agensi persekutuan dan negeri dalam pemerkasaan penyampaian perkhidmatan sehingga ke akar umbi.

“Program penilaian diperkenalkan sejak 2008 ini memfokuskan kepada aspek penyeragaman dan pematuhan terhadap arahan semasa kerajaan dan kini ia memberi lebih penumpuan kepada aspek transformasi dan inovasi selain kualiti dan pematuhan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Indeks SSRPSUK Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd