• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dijel 4 Bulan Kerana Ugut Ibu Sendiri

oleh
26/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengugut ibunya dengan berkata ‘you diam aku bunuh kau’, seorang lelaki dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Shankarganes, 34, seorang penganggur selepas dia mengaku bersalah mengugut dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap V. Susila Devi, 60, di rumah mereka di Jalan Sungai Besi, Cheras pada 2.45 petang, 1 Julai lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, yang kelihatan sugul semasa prosiding itu, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 1 Julai lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh, bagaimanapun Shankarganes yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.- BERNAMA

Tags: Kes Ugut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dakwa Pengusaha Vape Buat Laporan Palsu

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan individu mendakwa dirinya diugut dalam siasatan suruhanjaya...

Pengusaha Vape Dakwa Diugut ‘Datuk’, Pegawai SPRM

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd