• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Baharu Import Sisa Plastik Disokong

oleh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan syarat baharu bagi permohonan permit import (AP) sisa plastik bermula 23 Oktober ini disokong oleh penggiat industri.

Katanya, sokongan itu dinyatakan oleh pihak industri semasa mesyuarat bersama kementerian.

“Pihak kementerian telah mengadakan perbincangan dengan penggiat industri sisa plastik sebelum memperkenalkan syarat-syarat baharu itu.

“Sesiapa yang memohon lesen AP sisa plastik perlu mengisi borang dan memenuhi syarat-syarat baharu yang diperkenalkan. Kita akan menyemak sebelum membuat keputusan sama ada lulus atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai respons penggiat industri berhubung keputusan kerajaan tersebut.

Zuraida sebelum itu menghadiri majlis penganugerahan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada Timbalannya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah. Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohammad Hamdan Wahid.

Semalam, Zuraida dilaporkan berkata kerajaan memperkenalkan syarat-syarat baharu permohonan lesen AP sisa plastik termasuk syarikat-syarikat pengimport perlu membayar levi sebanyak RM15 bagi setiap tan barangan berkenaan selain wajib mengemukakan maklumat sumber sisa plastik terbabit.

Selain itu, beliau berkata syarikat yang mahu memohon AP juga perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Sebelum ini kementerian itu dilaporkan telah membekukan pengeluaran lesen AP sisa plastik HS Kod 3915 kepada 114 syarikat dan kilang di seluruh negara selama tiga bulan, bermula 23 Julai lalu.

Tindakan itu diambil susulan laporan akhbar tempatan mengenai pencemaran serius di Kuala Langat, Selangor yang dikatakan berpunca daripada kilang yang memproses plastik import secara haram. – BERNAMA

Tags: Zuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd