• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Sekadar Seri Di Laman Sendiri

oleh
26/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perak gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 0-0 menentang PKNS FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak di sini, malam ini.

Beraksi di hadapan 5,000 penyokong, gawang pasukan tuan rumah nyaris dibolosi PKNS seawal minit kedua apabila sepakan percuma dari jarak 25 meter dilakukan pemain tengah, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan hanya sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol Perak yang dikawal Muhammad Hafizul Hakim.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Mehmet Durakovic hampir mendahului PKNS pada minit ke-55 apabila sepakan percuma daripada luar kotak penalti Nazirul Naim Che Hashim berjaya ditanduk pemain import, Wander Luiz Junior namun berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Muhammad Zarif Irfan.

Perak sekali lagi mencemaskan kubu pasukan lawan pada minit ke-64 apabila sepakan percuma yang dilakukan Leandro Dos Santos sedikit melewati palang gol PKNS.

Skuad The Bos Gaurus terus melancarkan asakan bertali arus ke gawang gol PKNS, namun barisan pertahanan yang diketuai Zachary Anderson kental bertahan sehingga wisel penamat. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd