• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Simulasi Kemalangan Gemparkan Penduduk Bagan Serai

oleh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Pengguna jalan raya dan penduduk sekitar cemas apabila melihat kehadiran ramai anggota pasukan keselamatan yang bergegas ke Jalan Tali Air, Simpang Lima, di sini, hari ini.

Lebih menggemparkan, apabila kelihatan sebuah lori tangki dan sebuah bas pekerja terlibat dalam kemalangan dan kelihatan ramai mangsa terbaring di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah selain jeritan serta tangisan mangsa.

Namun kemalangan itu bukanlah situasi kejadian sebenar sebaliknya ia hanyalah latihan Simulasi Pengurusan Bencana 2018 anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian dengan kerjasama pelbagai agensi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata simulasi bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari itu melibatkan kemalangan di antara sebuah bas pekerja dengan sebuah lori tangki yang membawa muatan asid sulfurik.

“Simulasi adalah senario kemalangan di antara bas pekerja dan sebuah lori asid yang menyebabkan empat maut manakala 23 lagi cedera serta berlaku tumpahan asid dari lori tangki tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata simulasi bertujuan menambah baik kesiapsiagaan semua agensi berkaitan seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Kesihatan dalam menghadapi bencana sebenar.

Katanya seramai 150 anggota dari pelbagai agensi menyertai latihan simulasi itu.

Mohd Sabli berkata melalui latihan itu, setiap agensi berkaitan dapat menilai, menyemak semula dan meningkatkan tahap komunikasi antara agensi agar tindakan semasa bencana sebenar lebih berkesan seterusnya menyelamatkan nyawa. – BERNAMA

Tags: simulasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kejadian Pesawat Terhempas Di Subang, Hanya Simulasi Kecemasan – Polis

Tiada Kejadian Pesawat Terhempas Di Subang, Hanya Simulasi Kecemasan – Polis

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berlakunya insiden sebuah pesawat Boeing 737 membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul...

Penduduk Kampung Gempar Saksikan Simulasi Banjir

06/12/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Penduduk Kampung Sungai Melayu di sini menjadi gempar apabila sekumpulan lelaki dan wanita dalam sebuah rumah bot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd